Welcome

Hidup ini kalau takde naik turunnya susah jugak

Pages

Surgery!

Thursday, September 26, 2013

"Repeatition is the mother of knowledge" isnt it? Maksudnya kalau asyik ulang baca benda yang sama ingat la kan? Tapi kenapa aku tak termasuk ni? Haishh..

Hari ni dah start cycle surgery dengan surgeon yang penuh dengan aura ketegasan.Cuak weyh! Macam dengar jer  segala benda dia cakap. Dah la aku ni head of group lagi la kena target siap suruh datang awal lagi dari orang lain. Adoi! biasanya aku la antara yang terlambat datang kelas. To think positively @ sedapkan hati " tak pe ni untuk bagi disiplinkan diri, nati dah jadi doktor senang" #sigh. Sekarang im out of comfort zone.Biasanya boleh relaks sakan, lepak,tengok movie dan buang masa sekarang kena menghadap nota yang barangkali dah kali ke - 5 aku baca! Tak ingat-ingat jugak! Nasib ler.  Keep repeating pok jat...till forever 


Ok sambung baca benda nih...Mudahan2 tak syahid awal malam ni..ameen

Introvert vs Extrovert

Wednesday, September 25, 2013

assalamualaikum..so this gonna be my first post for my second blog..i had a blog before "MenangiskeranaMu" but i already deleted it due to some reasons..afte a few moments i decided to write again..jari-jari dan otak mahu berfungsi kembali..

Introvert vs Extrovert..salah satu topik yang saya sebagai pelajar perubatan kat sini belajar dalam kelas Psychology..tak faham sangat pun sebenarnya, lagipun subjek tu takde exam jadi tak amik kisah sangat la.

Jadi apa benda tu introvert ni? Introvert ni bagi saya macam tak suka expose kan diri, tak suka jadi attention dekat public or sape-sape jer lah, dan mungkin juga orang yang introvert ni ada inferior complex kot a.k.a low self-esteem? dan mungkin juga diam-diam ubi berisi?

Extrovert pulak sebaliknya lah..suka jadi centre of attraction, suka exposekan diri, mungkin lebih aktif berbanding dengan orang yang introvert, suka ramai kawan, suka bergaul dan beramah mesra mungkin?

Jadi mana satukah anda? Introvert or Extrovert? Yang mana lagi bagus? Ada kelebihan ke jadi extrovert ni berbanding dengan jadi introvert atau sebaliknya?

Setiap orang ada introvert dan extrovert characters, yang lainya kat mana lebih nya seseorang tu. Mungkin orang ni lebih extrovert dan mungkin ada yang lebih introvert.

Tak kisah la introvert ke extrovert ke. Yang penting jadi diri sendiri kan?